Ahad, 7 Oktober 2012

PeGanGLah APi ApABiLa TerInGat "Zina"


genggam bara api apabila teringat zina..
     Ade seorg soleh yg sngt patuh kepada perintah agamanya,dan sentiasa menjaga diri daripad asegala rupa maksiat dan keburukan,sehingga pada satu malam terlintas di dlm hatinya hendak berzina dengan wanita jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya....

    Kebetulan..pada ketika itu,di sampingnya ada sebuah pelita yg baru sahaja dinyalakan untuk menerangi rumah org soleh itu..Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yg sedang menyala-nyala pada sumbu pelita itu..


     Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri:"Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah.!!Aku akan letakkan jariku ini diatas sumbu pelita yang menyala itu..kiranya,ia tahan panasnya,nescaya aku akan turukan kemahuanmu itu.."

     Maka org soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi..Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya ,sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yg dideritanya itu.

     Lalu segeralah dia berteriak,"Wahai jiwa,tahniah engkau!!Rupanya engkau tidak tahan..ini baru daripada kepanasan api dunia.engkau sungguh tidak tahan,padahal api dunia itu telah disejukkan oleh Allah S.W.T dengan air sebanyak 70 kali ganda agar manusia boleh bertentangan dengannya..

     Kalau hanya menghadapi api dunia engkau sudah tidak tahan,apatah lagi untuk menghadapi api neraka yg panasnya 70 kali ganda lebih dahsyat daripada api dunia ini.."
     Lalu org soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mual tadi..Sejak hari itu hatinya tidak pernah di ganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu..


Jauhi lah zina...

Firman Allah s.w.t: Surah Al-Israak ,Ayat 32:

Maksudnya:"Janganlah kamu menghampiri zina ,sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat."


Wallahua"alam..

1 ulasan:

  1. Free Baccarat Strategy | Borgata Hotel Casino & Spa
    Free Baccarat Strategy Here you will find 메리트카지노총판 a few different types of bet types in the casino. Baccarat Strategy – Baccarat - Baccarat - Baccarat - worrione Baccarat - Baccarat - choegocasino

    BalasPadam